Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, New South Wales (MyPSA) telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mac 2007. Tuan Haji Musa Mansor, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Australia di Sydney (MSD) telah berbesar hati merasmikan penubuhan MyPSA pada mesyuarat Agung MyPSA yang pertama yang telah diadakan di Dewan Malaysia Sydney, Randwick. Idea untuk menubuhkan persatuan yang mewakili pelajar-pelajar pasca siswazah telah dicetuskan oleh pegawai MSD yang menyedari hakikat bahawa ia adalah sangat baik dan bertepatan demi menjaga kebajikan pelajar pasca siswazah yang semakin bertambah. Semangat untuk menubuhkan persatuan pasca siswazah telah dikuatkan lagi selepas perjumpaan pelajar dengan Y.B. Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 9 September 2006.
Pada malam 28 November 2006, selepas perjumpaan dengan NC dan pegawai Universiti Malaysia di Dewan Malaysia Sydney, pelajar-pelajar pasca siswazah telah berkumpul, berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan satu ahli jawatankuasa protem yang berfungsi dan berperanan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penubuhan secara rasmi persatuan pelajar pasca siswazah.
Ahli jawatankuasa protem terdiri daripada 14 orang AJK (termasuk seorang penasihat) iaitu
| Penasihat: |
Dr. Ahmad Faizal bin Perdaus |
| Pengerusi: |
Mohd Azlan Shah bin Zaidi |
| Timb. Pengerusi: |
Wan Azdie bin Mohd Abu Bakar |
| Setiausaha: |
Syamsul Hendra bin Mahmud |
| Bendahari: |
Khazriyati binti Salehuddin |
| AJK: |
Maizlinda Izwana binti Idris |
| |
Hariati binti Taib |
| |
Dr. Rozlin binti Abdul Rahman |
| |
Norinsan Kamil bin Othman |
| |
Mitra binti Mohd. Addi |
| |
Rosiati binti Ramlee |
| |
Norhaniza binti Amil |
| |
Jayanthi Maniam |
| |
Einly Lim |
AJK protem telah bermesyuarat sebanyak 3 kali iaitu pada 2 Dis 2006, 21 Jan 2007 dan 3 March 2007 untuk membincang perlembagaan persatuan dan juga aktiviti-aktiviti persatuan yang boleh dilakukan sebelum persatuan ditubuhkan secara rasmi. Persatuan di bawah kuasa protem telah melaksanakan beberapa aktiviti.
Pada 10 Mac 2007, pelajar-pelajar pasca siwazah telah berkumpul di dewan Malaysia untuk berbincang mengenai penubuhan persatuan dalam Mesyuarat Agung yang pertama. Dengan persetujuan majoriti, Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, NSW (MyPSA) telah ditubuhkan secara rasminya. Pengarah MSD telah berbesar hati untuk merasmikan penubuhan MyPSA. Dipengerusikan oleh Dr Ahmad faizal Perdaus,
mensyuarat Agung telah berjalan dengan lancarnya dengan perbahasan aktif daripada ahli mengenai perlembagaan persatuan. Ahli MyPSA kemudiannya, telah memilih 9 Exco. 5 Exco menang tanpa bertanding dan 4 Exco lagi menang dalam proses pengundian. Pada mesyuarat Exco pertama yang diadakan pada 1 April 2007, 2 lagi Exco telah dilantik melalui persetujuan semua 9 Exco MyPSA. Justeru, MyPSA kini mempunyai 11 Exco dan seorang penasihat iaitu
* Perlembagaan MyPSA
Berkuatkuasa pada 19 Ogos 2007, saudara Mohd Hanafi bin Mat Som telah dilantik menjadi Exco IT dan Penerbitan menggantikan saudara Marwan Hadri bin Azmi yang kini telah menjadi presiden MHRC.
|