mainimage2

_Home
New Member    Login
 

Frequently Asked Questions

1.

Apakah perkara yang saya perlu pertimbangkan sebelum datang melanjutkan pengajian di NSW?



2.

Apakah yang saya perlu buat sebelum datang ke Sydney?

 

3.

Apakah yang saya perlu buat selepas tiba di Sydney?

 

4.

Bagaimana saya uruskan persekolahan anak-anak di Sydney?

 

5.

Apakah proses untuk mendapatkan rumah sewa di Sydney?

 

6.

Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan barang-barang rumah seperti perabot, peti ais, mesin basuh dan sebagainya?

 

7.

Bagaimana cara untuk saya dan pasangan mendapatkan permit pekerjaan di Sydney?

 

8.

Apakah proses yang terlibat dalam urusan pembelian kereta terpakai di Sydney?

 

9.

Bolehkah saya menggunakan lesen memandu Malaysia di Sydney?

 

10.

Perlukah saya membuat kad pengenalan diri NSW?

 

11.

Apakah proses yang terlibat dalam urusan mendapatkan perkhidmatan internet broadband?

 

12.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan produk dan Makanan halal?

 

13.

Dimanakah Mussalah dan Masjid berdekatan untuk solat Jumaat?

 

14.

Bagaimanakah saya boleh memperbaharui passport saya di Australia?

 

15.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan sijil kelahiran Malaysia untuk anak yang baru lahir?

 

 
1. Apakah perkara yang saya perlu pertimbangkan sebelum datang melanjutkan pengajian di NSW?
 

1. Jumlah pendapatan dan/atau elaun yang diterima
Anda perlu mengambil kira jumlah pendapatan yang diterima di Malaysia (selepas tolak dengan perbelanjaan mesti i.e. pembayaran ansuran rumah, kereta, hutang, simpanan) dan juga elaun yang diterima di sini (klik di sini untuk kadar elaun baru Australia). Pastikan anda mengambilkira nilai matawang AUD yang sangat tinggi berbanding RM jikalau bergantung kepada sumber kewangan dari Malaysia untuk sarahidup.

2. Jumlah perbelanjaan.
a. Kos sewa rumah
b. Kos pengangkutan
c. Kos persekolahan anak (jika ada)/penjagaan anak
d. Kos utiliti

e. Kos barang keperluan harian

a. Kos sewa rumah bergantung kepada keadaan serta lokasi rumah tersebut. Biasanya bukan 'rumah' yang disewa tetapi ala 'pangsapuri'/flat. Sewa rumah 2 bilik di kawasan yang berdekatan dengan UNSW seperti Eastlakes dan Kingsford adalah A$300-350 seminggu. Kadar yang lebih tinggi mungkin wujud untuk kawasan lebih dekat dengan pusat bandar, seperti Newtown yang diduduki sesetengah pelajar UniSyd. Sila bertanya kepada rakan di sini tentang lokasi sesuai.

b. Pelajar bukan warga Australia tidak dapat konsesi tambang murah (tambang Sydney Bus), oleh kerana itu kos pengangkitan awam sangal mahal. Biasanya kenderaan sendiri dipakai kalau jarak ke uni terlalu jauh untuk berjalan kaki. Harga kereta terpakai sekitar 15 tahun adalah 2500 - 3500 AUD. Kos minyak tidak tetap seperti di Malaysia dan berbeza di antara stesen minyak.

c. Kos persekolahan anak juga menjadi beban kepada pelajar yang mempunyai anak dalam umur persekolahan (sila rujuk Faqs no 4). Beberapa universiti majikan di Malaysia telah mengambil langkah untuk membantu pelajar sama ada dalam bentuk perlanjutan kontrak perkhidmatan selepas pelajar tamat pengajian sebagai balasan kepada pembayaran yuran persekolahan anak oleh universiti majikan atau dalam bentuk pemberian pinjaman yang pelajar perlu bayar secara ansuran serta merta. Anda dinasihatkan semak perkara ini dengan universiti majikan anda.

Jika anda dan pasangan sama-sama belajar dan perlu menghantar anak ke pusat penjagaan anak, anda juga perlu mengambil kira kos yang ditanggung. Jikalau anda menghantar ke rumah orang, kosnya berbeza-beza mengikut orang yang menjaganya. Kos bergantung kepada jumlah jam anak dijaga. Sila bertanya kepada rakan di sini jikalau ada yang boleh menjaga. Anda juga boleh menghantar anak ke pusat penjagaan anak berdaftar kerajaan Australia. Kos adalah sekitar 60+ AUD sehari, tetapi boleh mendapat diskaun jikalau anda memohon bantuan kerajaan Australia. Sila rujuk Child Care Benefit dengan klik di sini.

d. Kos keperluan harian (susu, minyak, daging, etc) adalah kira-kira 50-100 AUD seminggu. Kos utiliti seperti gas, elektrik, internet adalah kira-kira 50 AUD sebulan bagi setiap satu.

3. Perbezaan pedapatan dan perbelanjaan
Anda dinasihatkan untuk mengambil kira kos kehidupan di Sydney sebelum memohon untuk belajar di sini. Jikalau anda tidak yakin dengan kewangan anda, dinasihatkan anda mencari tempat belajar di Brisbane, Perth, atau Melbourne. Perlu diingatkan di Australia setiap negeri mempunyai undang-undang tersendiri, contohnya di Melbourne kos persekolahan anak adalah percuma.

2. Apakah yang saya perlu buat sebelum datang ke Sydney?

 

Setelah selesai urusan visa di Malaysia, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kedatangan anda kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia (MSD), Sydney  (http://www.msda.org.au).

Sekiranya anda tidak mempunyai tempat tinggal di Sydney, anda boleh menyewa bilik di Malaysia Hall Sydney sementara anda mencari rumah sewa ataupun memohon untuk menetap di Malaysia Hall untuk jangkamasa panjang. Anda perlu mengisi borang (http://mypsa.org.au/doc/BorangTetamuDewanMalaysia.doc) dan faks atau emailkan kepada Puan Norhani Yunus, warden Malaysia Hall. Sila bertanya kepada beliau tentang penginapan dan makanan di tempat ini. Tempat adalah amat terhad.

Berikut adalah maklumat mengenai Malaysia Hall.

Malaysia Hall Sydney
2A, Alison Road
Randwick NSW 2031
Warden: Puan Norhani Yunus
Tel: +612-9399 9970
Fax: +612-9398 5535
E-mail: myhallsydney@msda.org.au

Untuk pengetahuan anda, urusan rumah sewa di Sydney perlu diuruskan setelah anda sampai di Sydney. Ini adalah kerana semua urusan tersebut adalah antara di anda dan agensi perumahan. Pihak lain tidak boleh mewakili anda bagi tujuan sewaan rumah. Anda boleh membuat tinjauan dari Malaysia dengan melawat beberapa laman web yang mengiklankan rumah untuk disewa. Antaranya adalah:

www.domain.com.au
www.realestate.com.au
www.tradingpost.com.au

Anda boleh melihat kawasan bandar yang berdekatan dengan universiti tempat belajar melalui map google Australia. Kawasan yang dianggap berdekatan adalah kawasan dalam linkungan 5 km dari universiti.

Panduan untuk produk yang boleh dibawa masuk dan perlu diisytiharkan (declare) ke Australia boleh didapati di laman web ini: http://www.daffa. gov.au/aqis/ travel/entering- australia/cant-take#declare

Seboleh-bolehnya anda memaklumkan kedatangan anda kepada rakan di sini agar rakan-rakan dapat membantu mana yang boleh. Anda juga boleh menghubungi universiti anda di sini kerana mereka mempunyai sistem untuk membantu pelajar baru tiba di Sydney.

Kos tambang teksi ke Malaysian Hall adalah sekitar 35 AUD.

3. Apakah yang saya perlu buat selepas tiba di Sydney?
 

Selepas anda mendapat tempat tinggal sementara (sama ada di Dewan Malaysia atau di rumah kawan-kawan), anda dinasihatkan melakukan perkara-perkara berikut:

1) Memaklumkan kedatangan anda kepada pihak MSD dengan mengisi borang yang telah diberi.

2) Mendaftar di universiti - Anda digalakkan mendaftar di universiti masing-masing mengikut tarikh pendaftaran dan membuat kad pelajar (student ID).

3) Membuka akaun bank - akaun bank Australia boleh dibuka sebaik sahaja anda mendaftar dan mendapatkan kad pelajar di universiti tempat anda belajar. Antara bank yang utama adalah ANZ Bank dan Commonwealth Bank. Dalam borang permohonan, alamat Dewan Malaysia boleh digunakan sebagai alamat sementara.

4) Mencari rumah sewa - sila rujuk FAQs no. 5 .

5) Mendapatkan perkhidmatan telefon mudah alih - telefon mudah alih boleh diperolehi melalui syarikat telekomunikasi seperti 3, Vodafone dan Optus.


4.

Bagaimana saya uruskan persekolahan anak-anak di Sydney?

 

Sekiranya anda mempunyai anak berumur antara 5 hingga 18 tahun, Kerajaan Australia mewajibkan anda untuk menyekolahkan anak-anak. Kewajiban ini adalah salah satu syarat dalam permohonan visa pelajar di NSW (sila rujuk di laman web Department of Immigration and Citizenship Australia: http://www.immi.gov.au)

Yuran tahunan persekolahan yang dikenakan oleh Jabatan Pelajaran NSW adalah AUD4500 seorang bagi persekolahan di peringkat sekolah rendah (sila rujuk di laman web NSW Department of Education and Training: https://www.det.nsw.edu.au).  Pembayaran yuran tahunan sepenuhnya mesti dijelaskan ketika proses permohonan visa penuntut lagi, sebagaimana subkelas peraturan 574. Pengesahan kemasukan sekolah bagi anak-anak yang terangkum dalam umur tersebut perlu dilakukan serta merta. Permohonan visa penuntut akan tergantung jika pegawai gagal memenuhi syarat subkelas peraturan 574. Nota: Yuran tidak perlu dibayar jikalau ibu atau bapa adalah pelajar PhD. Sila lihat dokumen ini.

 

5.

Apakah proses untuk mendapatkan rumah sewa di Sydney?

 

Anda perlu mencari rumah sewa dengan segera sementara anda menetap di Malaysia Hall. Anda boleh merujuk kepada laman web yang tersenarai di atas atau melalui akhbar contohnya Southern Courier dan Trading Post.

Apabila anda berminat dengan mana-mana unit apartment atau rumah, anda perlu mengisi borang permohonan dan menghubungi agen rumah tersebut untuk menetapkan tarikh dan masa appointment untuk pemeriksaan rumah (house inspection). Contoh agensi perumahan yang popular adalah MGM Property, Laing&Simmons, AJ Duffy, LJ Hooker dll.

Anda dinasihatkan untuk mencari beberapa alternatif dan meletakkan beberapa permohonan. Keputusan akan dibuat oleh tuan rumah (landlord). Sekiranya permohonan anda berjaya, anda perlu membayar bond untuk tempoh sewaan rumah biasanya selama sebulan (4 minggu). Kadar sewa rumah di Sydney adalah berdasarkan sewa mingguan iaitu purata 4.35 minggu untuk sebulan (52 minggu setahun). Walau bagaimapun, anda boleh memilih untuk membayar secara mingguan sebagai contoh (setiap minggu, 2 minggu sekali atau pun 4 minggu sekali)

Kebanyakan pelajar University of New South Wales (UNSW), University of Sydney (UniSyd) dan University of Technology Sydney (UTS) tinggal di kawasan Eastlakes kerana sewa rumah yang agak murah berbanding kawasan lain. Kawasan lain berdekatan dengan UNSW adalah seperti di Kensington, Randwick dan Kingsford. Manakala pelajar universiti yang lain seperti University of Wollongong, Macquarie University dan University of Western Sydney selalunya menyewa rumah berdekatan dengan universiti masing-masing.

Memandangkan keadaan sekarang yang mana agak sukar untuk mendapatkan rumah sewa di Sydney, dan kos sewa rumah yang agak tinggi iaitu sekitar AUD270-AUD350 seminggu, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal dari tempoh pendaftaran supaya mempunyai masa untuk mendapatkan rumah yang sesuai dan berpatutan.

Sila klik di sini:- Panduan/Tips mendapatkan rumah sewa

6.

Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan barang-barang rumah seperti perabot, peti ais, mesin basuh dan sebagainya?

 

Perabot terpakai:

Garage Sale atau sumbangan ahli-ahli MyPSA.

Kitchenware dan barang elekrtik:

Pasaraya Big W, Target, K-Mart atau sumbangan ahli-ahli MyPSA.

TV, Peti ais dan mesin basuh: 

Brand new – Mana-mana kedai elektrik seperti Harvey Norman, Bing Lee, Good Guys
Terpakai – Kedai barang-barang 2nd hand atau melalui eBay

Anda juga boleh mendapatkan perabot terpakai seperti meja, kerusi dan sofa yang diletakkan di tepi jalan.

7. Bagaimana cara untuk saya dan pasangan mendapatkan permit pekerjaan di Sydney?
 

Mengikut peraturan baru berkuatkuasa 26 April 2008, pelajar dan pasangan secara automatik akan mendapat permit pekerjaan selepas mendapat visa. Jika pelajar telah mendapat visa sebelum 26 April 2008, pelajar masih perlu mendapatkan permit pekerjaan. Permohonan mendapatkan permit pekerjaan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang di laman web Department of Immigration and Citizenship Australia.

Pelajar hanya dibenarkan untuk bekerja selama maksimum 20 jam seminggu semasa sesi belajar dan tidak terhad semasa cuti semester manakala pasangan pula dibenarkan bekerja selama maksimum 20 jam seminggu atau tidak terhad kepada pasangan kepada pelajar yang mengikuti program master atau PhD.

8. Apakah proses yang terlibat dalam urusan pembelian kereta terpakai di Sydney?

 

Terdapat dua cara untuk membeli kereta terpakai iaitu dengan pergi ke kedai menjual kereta terpakai di sekitar Sydney atau melalui internet dengan melawat laman web seperti:

www.carsales.com.au
www.tradingpost.com.au
www.carsguide.com.au

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kereta terpakai manual yang berkedaan baik dengan harga lebih kurang AUD2500 sahaja. Proses pembelian kereta terpakai adalah amat mudah. Anda hanya perlu berurusan dengan penjual dengan mengisi borang pertukaran nama dan menjelaskan bayaran kepada penjual. Selepas itu anda perlu pergi ke pejabat RTA dan menyerahkan borang pertukaran nama tersebut dan membuat bayaran dalam tempoh 14 hari. Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada umur dan kapasiti kereta yang dibeli.

9.

Bolehkah saya menggunakan lesen memandu Malaysia di Sydney?

 

Lesen memandu Malaysia boleh diterima pakai di NSW. Namun, anda perlu mendapatkan terjemahan lesen ke dalam bahasa Inggeris yang disahkan oleh Pegawai Atase MSD (Konsulat Malaysia). Anda perlu berurusan dengan pihak MSD dengan mengemukakan salinan passport dan lesen kepada Pegawai Atase MSD, Ustaz Zuhir, dengan bayaran AUD5 sahaja. Anda boleh berbuat demikian dengan mengisi borang ini: Borang Alih Bahasa Lesen Memandu Malaysia.

10. Perlukah saya membuat kad pengenalan diri NSW?
 

Anda tidak semestinya membuat kad pengenalan diri NSW apabila berada di NSW. Bagaimanapun anda boleh memohon photo card (seperti kad pengenalan diri) di mana-mana cawangan Roads and Traffic Authority NSW (RTA) yang berdekatan. Ini bagi memudahkan urusan anda dengan pelbagai pihak di Australia (yang selalu meminta photo ID sebagai pengesahan identiti dan alamat anda). Anda perlu pergi ke pejabat RTA dan mengisi borang permohonan “Photo Card Application Form” dengan membawa passport dan dokumen sokongan yang mempunyai alamat tempat tinggal di Australia. Perlu diingat bahawa dokumen sokongan anda perlu mempunyai nama (ada BIN/BINTI) yang sama dengan maklumat dalam passport. Dinasihatkan agar anda membawa penyata bank (bank statement) kerana selalunya penyata bank mempunyai maklumat nama dan alamat yang lengkap. (http://www.rta.nsw.gov.au)

11. Apakah proses yang terlibat dalam urusan mendapatkan perkhidmatan internet broadband?
 

Anda boleh melakukan survey secara online bagi mendapatkan pakej yang terbaik. Antara perkhidmatan broadband yang popular adalah seperti Telstra, Optus, Bigpond, AAPT, TPG dan Peopletelecom. Anda juga boleh merujuk dan membuat perbandingan antara syarikat perkhidmatan internet melalu laman web. Internet tanpa wayar biasanya lebih mahal berbandingberwayar yang juga lebih laju (ADSL2+). Internet di sini mempunyai had penggunaan. http://www.internetchoice.com.au.

12. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan produk dan Makanan halal?
 

Anda tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan produk dan makanan halal di Sydney. Ayam dan daging halal boleh didapati di mana-mana kedai Halal Butchery yang terdapat di sekitar Sydney.

Untuk harga ayam yang lebih murah anda boleh pergi sendiri ke Baiada Poultry Factory Shop di Amax Av., Girraween (terdapat ayam segar dan pelbagai produk ayam yang sedap).

Manakala produk halal dari Malaysia seperti jenama Ayam Brand, Maggi, Adabi, Baba's, dll boleh dibeli di kedai Oriental yang banyak terdapat di sekitar Sydney. Bahan masakan seperti rempah ratus, cili padi, serai, halia malahan tempe juga ada dijual di kedai Oriental.

Di Sydney juga banyak terdapat restoran halal. Antara restoran makanan halal yang popular adalah:


Sydney City:

Café Kasturi
Cuisine: Malaysian
Address: 767-769 George Street, NSW 2000
Phone: (02) 9288 9888

Island Dreams Café
Cuisine: Christmas & Cocos Island
Address: B. 40-50, 462 Campbell Street (corner of Campbell & Castlereagh St), Haymarket, NSW 2000
Phone: (02) 9212 0809

Taklimakan Uyghur
Cuisine: Northern Chinese
Address: Shop 1/8, Dixon Street (corner of Dixon & Hay St), Chinatown, NSW 2000
Phone: (02) 9267 8555

Neptune Palace
Cuisine: Chinese, Malaysian, Singaporean
Address: Gateway Building, Level 1, Pitt Street (corner of Pitt & Alfred St), Circular Quay, NSW 2000
Phone: (02) 9241 3338

Silk Road Chinese Restaurant
Cuisine: Northern Chinese
Address: QG13/8 Prince Centre, Quay St, NSW 2000
Phone: (02) 9281 9658

Nando’s City
Cuisine: Portuguese, Fast Food
Address: International Food Court, Pitt Street Mall, NSW 2000


Kingsford:

Kaki Lima Café
Cuisine: Malaysian (Nasi Lemak, Laksa, Traditional Kueh & Teh Tarik)
Address: 3/343 Anzac Parade, Kingsford, NSW 2032
Phone: (02) 9662 0588

Nasi Goreng
Cuisine: Indonesian, Malaysian
Address: 508 Anzac Parade, Kingsford, NSW 2032
Phone: (02) 9663 2518

Es Teler
Cuisine: Indonesian
Address: 1/273 Anzac Parade, Kingsford, NSW 2032
Phone: (02) 9662 2220


Kensington:

Pondok Buyung
Cuisine: Indonesian
Address: 124 Anzac Parade, Kensington, NSW 2033
Phone: (02) 9663 2296

Radha’s Tandoor
Cuisine: Indian
Address: 130 Anzac Parade, Kensington, NSW 2033
Phone: (02) 9697 0040

Pempek Clovelly
Cuisine: Indonesian
Address: Anzac Parade, Kingsford, NSW 2033

Abang Sam
Cuisine: Malaysian
Address: Anzac Parade, Kensington, NSW 2033


Randwick:

Taste of Thai
Cuisine: Thai
Address: 23 Belmore Road, Randwick, NSW 2031
Phone: (02) 9399 7911

Supreme Indian Café
Cuisine: Indian
Address: 163 Alison Road (corner of Belmore & Alison Rd), Randwick, NSW 2031
Phone: (02) 9326 3692

Golden Pide 2
Cuisine: Kebab, Turkish, Lebanese
Address: 150 Belmore Road, Randwick, NSW 2031
Phone: (02) 9399 5888

Ramadan Turkish Kebab
Cuisine: Kebab, Turkish, Lebanese
Address: Shop 24, Royal Randwick Shopping Center (next to McDonald’s), Belmore Road, Randwick, NSW 2031
Phone: (02) 9326 7026

Indian Home Diner
Cuisine: Indian
Address: 145 Avoca Street, Randwick, NSW 2031
Phone: (04) 1274 9340

Little Istanbul
Cuisine: Turkish
Address: 24 Perouse Road (near The Spot), Randwick, NSW 2031
Phone: (02) 9398 8361

Thai Singha
Cuisine: Thai
Address: 23 Havelock Ave, Coogee
Phone: (02) 9665 6476


Surry Hills:

Indian Tandoori
Cuisine: Indian (Roti Canai & Teh Tarik)
Address: Crown St.


Enmore:

Faheem’s Fast Food
Cuisine: Pakistani (Briyani & Roti Naan)
Address: 196 Enmore Rd Enmore NSW 2042
Phone: (02) 9550 4850

Tandoori Hut
Cuisine: Indian
Address: 93 Enmore Road Enmore, NSW 2042
Phone: (02) 9519 8140

Topkapi Pide
Cuisine: Pizza, Turkish
Address: 175 Enmore Road Enmore, NSW 2042
Phone: (02) 9550 3435


Arncliffe:

Naji’s Gourmet Food

Cuisine: Turkish charcoal chicken, burgers & kebabs
Address: 21 Firth Street, Arncliffe, NSW 2205
Phone: (02) 9599 4477

Arncliffe Chicken
Cuisine: Turkish charcoal chicken, burgers & kebabs
Address: Wollongong Rd., Arncliffe


Tempe:

Deno's Diner
Cuisine: Hotdogs, burgers & kebabs
Address: 886 Princes Highway, Tempe, NSW


Chatswood:

Mays Malaysian Treat
Cuisine: Malaysian (Hainan chicken rice & noodles)
Address: Shop 210, Mandarin Centre, 2067 Chatswood
Phone: (02) 9419 6977


Panduan produk halal boleh dirujuk di halal_guide.pdf.

13. Dimanakah Mussalah dan Masjid berdekatan untuk solat Jumaat?
 

Semua universiti utama di NSW menyediakan tempat untuk menunaikan solat Jumaat. Anda boleh pergi ke salah satu tempat berikut:

Redfern Mosque
328, Cleveland St.
Surry Hills NSW 2010

Surry Hills Mosque
175-177 Commonwealth St.
Surry Hills NSW 2010

Sydney University Mussalah
Old Teachers College
Room 319-320 Parramata Rd.
Camperdown NSW 2050

1rd Floor, Squarehouse or Sam Cracknell Pavillion
University of New South Wales
NSW 2052

University of Technology Sydney Mussalah
Broadway
Ultimo NSW 2007

Macquarie University Mussalah
Macquarie International
Building E3A, Level 1
NSW 2109

Sila rujuk http://muslimvillage.com/directory.php?dircat=2 untuk tempat-tempat solat yang lain.

 

14. Bagaimanakah saya boleh memperbaharui passport saya di Australia?
  Sila klik di sini untuk melihat proses memperbaharui passport di Australia.
15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan sijil kelahiran Malaysia untuk anak yang baru lahir?
  Sila klik di sini untuk melihat proses pendaftaran anak yang baru lahir.
 
*Page last updated: Julai 24, 2010
*Hakcipta Terpilhara © Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, NSW (MyPSA) 2010