Malaysian Postgraduate Students Association, NSW, (MyPSA)
c/o Malaysia Hall
2A Alison Road,
Randwick,
NSW 2031
Australia
Tel: +61451592491
(Sdr Zulhani Bin Rasin) zulhani@utem.edu.my
Mendaftar sebagai ahli MyPSA
Sila klik 'new member' di atas untuk mengisi borang menjadi ahli MyPSA. Keahlian bermula selepas yuran pendaftaran @ yuran keahlian telah dibayar.
MyPSA Fees
Member
AUD5.00
Annual
AUD15.00
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bendahari MyPSA,
Saudara Awang di cekond@hotmail.com
PETRONAS is inviting Malaysian talents (fresh graduate or experience) to join the organisation. Those interested candidates could submit the application using the following link :
The closing date for application is Monday, 29th Aug 2011.
**Message form Petronas Advisor, Pn Zaidah.
Laporan Program Forum Israk Dan Mikraj- 26 Jun 2011
Pada 26hb Jun 2011, bertempat di Malaysia Hall, sebuah forum bersempena dengan Isra’ Mikraj telah dianjurkan. Majlis telah dimulakan dengan solat isya berjemaah pada pukul 6.30 malam. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Sabri yang juga selaku wakil dari pihak Education Malaysia Australia Sydney (EMAS). Forum yang bertajuk “Isra’ Mikraj dan Implikasinya Pada Umat Islam Masa Kini” ini menampilkan dua orang ahli panel yang dijemput khas dari Masjid Lakemba dan Masjid Arncliffe iaitu Sheikh Abu Nasir dan Ustaz Lutfi. Forum ini bertujuan bagi mengajak umat Islam untuk mengingati, merenung dan mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini dalam memantapkan aspek kerohanian. Di samping itu, ahli panel juga telah mengupas isu-isu terkini dunia Islam yang boleh dikaitkan dengan peristiwa tersebut. Forum ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan para pelajar dan juga warga Malaysia yang Muslim di sekitar Sydney dengan anggaran peserta tidak kurang dari seratus orang. Forum ini telah berjalan lancar dan berakhir sekitar jam 8.30 malam dengan sedikit jamuan ringan.
Laporan Program Photographic Memory- 19 Jun 2011
Pada 19hb Jun 2011, bertempat di Malaysia Hall, sebuah bengkel mini yang bertajuk “My Photographic Memory” telah diadakan yang bermula jam 10.30 pagi. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Ali Taufek Abdul Kader yang merupakan pengurus di Akademi CIMB Putra Bangi, Selangor Darul Ehsan. Beliau yang berkelulusan M.S (HRD) ini juga telah beberapa kali melaksanakan bengkel seumpama ini untuk para pelajar di sekolah-sekolah sekitar Selangor Darul Ehsan, Johor Darul Takzim dan Pulau Pinang. Bengkel yang telah disertai seramai 15 orang anak-anak warga MyPSA dalam lingkungan usia 5 sehingga 12 tahun beserta ibubapa mereka ini bertujuan memberikan pendedahan kepada anak-anak akan teknik mengingat dengan cara yang mudah. Sepanjang berlangsungnya bengkel ini, peserta telah ditanamkan dengan slogan 'Belajar adalah Sangat Menyeronokkan, Jika Kita Tahu Caranya!' bagi memupuk semangat anak-anak yang hadir untuk belajar. Mereka juga telah didedahkan dengan teknik dan strategi mengingat yang mudah, menyeronokkan dan berkesan untuk diamalkan dalam sesi pembelajaran mereka. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir sekitar jam 1.30 petang dengan sesi penggambaran dan jamuan makan tengah hari.
Laporan Farewell Gathering - 12 Jun 2011
Pada 12hb Jun 2011, majlis perpisahan dan ramah mesra warga MyPSA telah diadakan di Maroubra Park bermula jam 10.00 pagi. Majlis ini bertujuan bagi meraikan serta memberi penghormatan terakhir kepada warga MyPSA yang telah menamatkan pelajaran dan akan pulang sekitar bulan Jun dan Julai 2011. Barbeku dan sesi ramah mesra merupakan antara acara utama majlis yang telah dihadiri oleh lebih kurang 60 orang termasuk kaum keluarga warga MyPSA ini. Majlis ini telah berjalan dengan lancer dan berakhir sekitar jam 1.00 petang. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa MyPSA juga sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada warga MyPSA yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya, semoga ilmu yang diperolehi akan dicurahkan demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
Laporan Program Intelligent Career Adjustment - 4 Jun 2011
Pada 4hb Jun 2011, bertempat di Malaysia Hall, sebuah bengkel mini yang bertajuk “Intelligence career adjustment” telah diadakan bermula jam 10.30 pagi. Bengkel telah disampaikan oleh Dr Nor Wahiza Abdul Wahat, pensyarah kanan fakulti pengajian pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga sedang menjalankan kajian pasca kedoktoran di UNSW. Bengkel yang telah disertai oleh seramai 15 orang pelajar pasca siswazah ini bertujuan menyediakan pelajar-pelajar yang merupakan bakal-bakal pensyarah ke arah menjadi pendidik yang berdedikasi yang mampu menjalankan amanah dengan baik. Bengkel ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Dr Jumiati Ismail, Pengarah Education Malaysia Australia Sydney (EMAS). Antara pengisian utama bengkel, peserta telah didedahkan dengan kepentingan serta tips-tips berguna dalam merancang strategi ke arah menjadi pensyarah dan pendidik yang serba boleh. Para peserta telah memberikan respon yang baik sepanjang program berlangsung serta menggunakan kesempatan yang ada bagi mengutarakan persoalan-persoalan yang telah dijadikan perbincangan bersama. Bengkel telah berjalan lancar dan berakhir sekitar jam 2 petang dengan sesi penggambaran dan jamuan makan tengah hari.
Senarai Takwim Program MyPSA-NSW 2011/2012
Berikut adalah senarai program MypSA yang dijadualkan untuk bulan Jun hingga Disember 2011.
Tarikh
Program
4 Jun
Halfday Workshop on Intelligent Career Adjustment
19 Jun
My Photographic Memory
30 Julai
Sharing is Caring : Successful Stories of PhD
12 Ogos
Majlis Iftar
13 & 20 Ogos
Bazar Ramadan
Akhir Ogos
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
10 Sept
Postgraduate Day
15 Oktober
Bowling Day
6 November
Sambutan Hari Raya Qurban
18 December
Sambutan Hari Asyura
Exco MyPSA-NSW 2011/2012
Berikut adalah senarai nama-nama Exco Mypsa yang baru dipilih melalui AGM yang diadakan baru-baru ini:
AGM MyPSA dan sessi ramah mesra bersama ahli akan di adakan pada 30 April Sabtu 2011, 2 pm bertempat di dewan Malaysia Sydney. Semua di jemput hadir. Terima Kasih.
Bagi pihak Exco MyPSA.
Passport Mobile Service offered by the High Commission of Malaysia, Canberra
Assalamualaikum,
‘Passport Mobile Service’ offered by the High Commission of Malaysia, Canberra
Kindly be informed that MyPSA has been contacted by the Malaysian High Commission in Canberra relating to its plan for an on-the-ground ‘Passport Mobile Service’ visit to NSW to help assist Malaysian students in NSW with immigration related matters.
Before we could give our response to the High Commission in Canberra, we were requested to gather feedbacks from all Malaysian students in NSW requiring assistance relating to immigration matters i.e. passport renewal, loss of passport or any other immigration related matters. Kindly take note that the Immigration Attache will only put Sydney on their visit list if there are at least 25 persons requiring the Passport Mobile Service. This service is however not extended to Malaysian PR as well as those who holds work permit in Australia EXCEPT for less mobile (not fit to travel) Malaysian senior citizen.
Kindly contact the person below for any enquiries relating to the matter:
Mr Norwan Ahmad
Exco- Special Task, MyPSA, NSW
Mobile no.: 0425 415 568
Email: iwanahmad@yahoo.co.uk
Your kind attention and feedback on the matter is very much appreciated.
Thank you always.
Hebahan Exco IT and Publication - 25.05.2010
Restoran abang Sam
Yang Di hormati Tuan Puan...
Di Sydney Australia terdapat sebuah restoran yang menyediakan masakan Melayu dari Malaysia khususnya kepada pengemar makanan Melayu yang tegar.. pelbagai juadah ada disediakan untuk anda yang jauh di perantauan..
Mohon hebahkan kepada rakan-rakan anda akan kewujudan Restoran abang Sam..
Terima kasih..
Bagi Pihak MyPSA
Visitors:
Pengumuman
Jadual Waktu Solat Sydney
Jadual waktu solat untuk daerah NSW dan Australia umumnya boleh diperolehi menerusi laman web www.islamicfinders.org
No kecemasan di Sydney ialah 000 yang boleh didail
menerusi talian tetap rumah atau telefon bimbit. Talian ini digunakan
untuk menghubungi Polis, Ambulans atau Bomba.